Rawatan 48

Pelanggan lama telefon kerana sakit dan dia merasakan berpunca daripada pusat tusyen yang dimiliki beliau.

Macam biasa pesakit diruqyah jarak jauh dan tapak pusat tusyen dibersihkan daripada energi negatif.

Rawatan 47

Rawatan berlangsung selepas Isyak di rumah pesakit. Ada masalah gangguan kejiwaan. Jadi nasihat dan tazkirah diberi kepada pesakit dan keluarga pesakit.

Pesakit dibekal dengan air ruqyah untuk minum.

Rawatan 46

Memagar premis di Ajil kerana selalu mengusik manusia. Dengan izin Allah semua aman daripada gangguan.

Bahan digunakan hanya air, garam kasar dan lada hitam. Sebelum memagar, dihapuskan puncanya dahulu iaitu azimat/wafaq yang ada di premis terbabit.

Saya akan memantau premis dengan diruqyahkan secara jarak jauh sehingga kawasan benar-benar pulih.

Rawatan 45

Rawatan pagar rumah di Bukit Besar. Tiada masalah besar hanya pelanggan meminta sebagai langkah berjaga-jaga.

Air dibekalkan untuk mandi sebagai penguat aura.

Rawatan 44

Pesakit meminta merawat rumahnya di Tok Jembal yang dikatakan berhantu. Rawatan membuang energi negatif yang berligar sekitar rumahnya.

Tetapi rawatan tidak dapat dilakukan sewajarnya kerana keadaan rumah tidak mengizinkannya. Pesakit diberi penerangan ringkas agar sesi rawatan membuang energi negatif dapat dilakukan sendiri selama 3 hari.

Rawatan 43

Rawatan susulan untuk pesakit lepas yang kaki mencucuk jarum. Kerana selepas rawatan baru ni pesakit hanya bertahan selama 3 hari kemudian sakit kembali.

Selepas beberapa ketika diruqyah kesakitan mulai reda dan tertumpu pada ujung ibu jari kaki kanan. Jadi pesakit dibekali dengan amalan untuk tahsinat pesakit.

Sesi bual agak panjang, menemubual, menyiasat latar belakang pesakit. Seperti biasa sebelum balik saya tetap sarankan pesakit ke hospital untuk rawatan lanjut untuk check up kesihatan.