Pesakit melakukan cobaan mengelar lehernya sendiri.
Rawatan 58
Rawatan kali ni berkaitan sihir yang berulang. Pesakit telah disihir berulang kali beberapa tahun lepas. Kemudian sihir itu kembali lagi di awal tahun.
Saya diminta untuk tolong rawat pesakit ini. Setelah diperdengarkan ayat-ayat Ruqyah, pesakit mula menunjukkan reaksi ketar tangan dan beberapa bahagian tubuh mulai sakit dan berdenyut serta meremang.
Saya meneruskan ruqyah dah pesakit pun rebah pengsan. Setelah disedarkan saya memberi minum air dan air selebihnya buat basuh muka. Mula-mula pesakit mengatup rapat mulutnya tidak mahu minum air ruqyah. Keluarga pesakit memaksa minum dan membuka mulut pesakit secara paksa untuk disuapkan air.
Pesakit memuntahkan air dan bertempik muka kepanasan setelah air ruqyah disapu dimukanya.
Setelah sejam sesi rawatan, pesakit diberi air ruqyah dan limau untuk dibawa balik untuk rawatan seterusnya. Alhamdulillah.