Rawatan 40

Seorang ayah yang baru dapat anak sulong panik melihat keadaan anaknya asyik menagis. Udah puas dicuba pelbagai cara.

Akhirnya mengikut nasihat ibu mertuanya mendapat air tawar.

Saya tempat punca dituju memohon bantuan. Saya datang ke rumah dan buatkan air tawar untuk minum dan arahkan tuan rumah renjiskan sekeliling rumah.

Rawatan 39

Saya didatangi suami kepada pesakit untuk buatkan air selusuh. Dah banyak kali keluar darah, masuk wad malam esoknya keluar wad. Selang sehari masuk lagi wad.

Air selusuh didoakan dan disuruh minum dan sapu di perut. Keesokan malam isterinya bersalin. Syukur alhamdulillah.