Bahan Pagar Rumah

Bahan biasa digunakan:

  1. Garam kasar satu paket besar
  2. Lada hitam satu paket besar
  3. Air satu baldi
  4. Belerang satu paket (ikut kes)
  5. Cuka makan satu botol
  6. Pasir suku baldi
  7. 4 batang kayu atau 4 batang paku (terbaik paku tembaga) satu inci (ikut kes)

Bukan semua bahan digunakan untuk sekali rawatan. Ikut keadaan kes dan tempat.

Kajian kes 1
Saya pernah menggunakan garam sebanyak 5 kilo untuk pagar kebun getah pelanggan. Keadaan kebun getah berbukit di daerah Kuala Nerus. Parang juga perlu ada untuk menebus semak samun. Sebelum sampai ke kebun getah, perlu berjalan kaki dalam 10 minit kerana kereta tak dapat masuk. Kebun getah pelanggan dibelakang kebun getah orang lain. Tujuan pemagaran kerana getah sekerap sering dicuri orang.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan