Memaparkan catatan dengan label pagar rumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pagar rumah. Papar semua catatan

Rawatan 51

Pesakit meminta saya tengok-tengokkan rumahnya di Melaka. Ada nampak kelibat hitam berbayang-bayang di rumahnya. Bukan seorang saja yang tertengok tapi ramai ahli rumahnya diusik dengan penampakan lembaga.

Ikhtiar saya ialah dengan menyarankan pesakit memasang audio bacaan al-Quran Surah al-Baqarah dan membanyakkan bacaan pendinding diri. Selain itu saya melakukan pembersihan dari jarak jauh.


Rawatan 46

Memagar premis di Ajil kerana selalu mengusik manusia. Dengan izin Allah semua aman daripada gangguan.

Bahan digunakan hanya air, garam kasar dan lada hitam. Sebelum memagar, dihapuskan puncanya dahulu iaitu azimat/wafaq yang ada di premis terbabit.

Saya akan memantau premis dengan diruqyahkan secara jarak jauh sehingga kawasan benar-benar pulih.

Rawatan 38

Rawatan lanjutan untuk pesakit yang menerima cadangan saya menggunakan air kolah masjid. Rawatan dilakukan di rumah pesakit.

Air kolah masjid diambil daripada belasan tempat. Barang-barang lain yang diminta telah disediakan. Upacara ruqyah ke atas barang berlangsung selama 40 minit.

Kemudian pesakit meminta memagar rumahnya sekali.

Rawatan 33

Rawatan dijalankan di Kg Tok Jembal. Pesakit mengadu rumahnya didatangi jin3 beranak, ayah ibu anak. Rasa seperti diperhatikan bila bersunyi-sunyian di rumah.

Rawatan pemagaran rumah dilakukan, luar dan dalam.

Kurang 3 hari pesakit mengadu jiran mari marah-marah tanpa sebab.

Rawatan semburan air ruqyah diteruskan selama 21 hari oleh pesakit sendiri.

Rawatan 30

Rawatan di Kelulut, Marang. Suspek mengadu sakit kepala sudah lama dan sudah berubat merata. Suspek jugak terkena sakit kanser.

Rawatan diberi menunjukkan tanda-tanda sihir iaitu sakit semasa diruqyah dan terasa nak muntah. Kemudian suspek merasa lemah longlai. Pagar rumah juga dibuat.

Rawatan 29

Rawatan di Kg Gong Nangka, Marang. Suspek sakit saka. Rawatan ke atas semua ahli keluarga termasuk pagar rumah.

Rawatan 28

Pesakit mengadu ada sesuatu lembaga berbayang hitam selalu mengacau anak isterinya.

Rawatan di rumah pesakit di Wakaf Mempelam. Pagar rumah dan scaning pesakit.

Rawatan 20 dan 21

Rawatan di Rhu Muda dan rawatan pagar rumah di Kelulut.

Rawatan 19

Rawatan di Teluk Menara, Manir. Pesakit mengidap sakit sihir sudah lama sejak anak dara lagi. Dah ramai bomoh ditemui.

Baru start ruqyah pesakit mulai bergetar dan kerasukan. Pesakit menunjukkan tempat dia tinggal di dalam kereta lama yang ditinggal dalam semak.

Rawatan 14

Rawatan pagar rumah di Batu Rakit.

Rawatan 13

Rawatan pagar rumah di Padang Midin.

Rawatan 7

Rawatan pagar rumah di rumah pesakit. Rumah pangsa tingkat atas. Pesakit memberitahu penghuni rumah sebelum ini pun kena gangguan. Selepas itu rawatan pagar diteruskan di pejabatnya.

Rawatan 4

Pagar pusat gym yang baru dibuka.

Rawatan 3

Pagar rumah