Rawatan 52

Pesakit mengadu anaknya sering pengsan kerana gangguan dalam 2-3 hari ini. Rawatan dilakukan di rumahnya, Kg Pagar Besi.

Setelah sampai dirumah beliau, panjang pula cerita kisah keluarganya disihir bertahun-tahun. 

Saya ruqyah anaknya, hanya getaran listrik halus ada. Selesai dilakukan pembersihan tubuh daripada energi negatif.

Saya dibawa keliling rumahnya, ada energi negatif menghuni rumahnya. Saya cakap kepada tuan rumah, "Nanti saya balik rumah saya lakukan pemagaran." Sebabnya waktu dah lewat malam lagi pula saya tak bersedia untuk membuat pemagaran. Jadi tunggu balik rumahlah saya buat.

Rawatan 51

Pesakit meminta saya tengok-tengokkan rumahnya di Melaka. Ada nampak kelibat hitam berbayang-bayang di rumahnya. Bukan seorang saja yang tertengok tapi ramai ahli rumahnya diusik dengan penampakan lembaga.

Ikhtiar saya ialah dengan menyarankan pesakit memasang audio bacaan al-Quran Surah al-Baqarah dan membanyakkan bacaan pendinding diri. Selain itu saya melakukan pembersihan dari jarak jauh.