Rawatan 57

Kali ini ada pelanggan mengadu masalah di tanah kebunnya. Tanaman rosak dan jentera di kebun dirosakkan secara ghaib.


Kebun seluas 10 hektar saya terawang untuk melihat apa punca masalah. Rupanya satu kerajaan jin menetap disitu dan mereka mengamuk kerana sikap manusia membakar istananya disitu.


Setelah musyawarah dan berbincang secara harmoni maka kes dapat diselesaikan. Penghulu jin disitu setuju berpindah. Alhamdulillah.


 

 

Rawatan 56

Rawatan kali ini di Rusila, Marang. Sang Ayah meminta menengok-nengok anak yang pulang daripada KL, katanya bercakap Siam ketika tidur.

Saya cuba ruqyah namun memendam niat meruqyah sepenuhnya kerana sikap sombong si anak. Sesampai saja di rumahnya dia sudah bersikap biadap. Bukan kerana jin dalam tubuhnya tapi memang perangai semulajadi.

Maka saya secara rendah diri mengaku tak pandai dan mohon balik segera ke rumah. Bagi saya orang sombong tak patut sembuh biar mereput je.

Rawatan 55

Membuat pengisian dan pengaktifan chakra kepada dua tetamu. Dimulai dengan bacaan Ruqyah pada sesi pertama. Sesi kedua pengaktifan 7 chakra langsung dibuat pengisian agar tubuh dipagar dengan dinding yang kokoh terhindar daripada gangguan makhluk halus.

Rawatan 54

Setelah lama tidak mengobat orang, pada suatu petang saya dihubungi keluarga pesakit meminta menengok-nengokkan ayah dan ibunya yang sakit. Pesakit tinggal di Rusila.

Sesampai dirumah pesakit menceritakan asal muasal saya dipanggil. Katanya dia mengadu kepada kawan sakitnya dan bila tidur seperti ada orang mencuit kakinya. Kawannya scan kata ada SAKA.

Masalah yang biasa sokmo-sokmo saya jumpa, sejenis orang konon pandai scan tapi suruh orang lain ubatkannya. Bagi saya setelah mereka buat taik ke orang dia tinggalkan perawat lain bersihkan taik yang dia tinggal.

Setakat ilmu saya yang rendah ini, saya scan dengan bacaan ruqyah dan dengan mendapan firasat, saya cakap kepada pesakit tiada gangguan saka tapi hanya mainan perasaan. Pesakit ada sakit zahir, terlalu memikir masalahnya, mari pula kawan buat taik lagilah kuat perasaan yang rosak itu mengganggu fikirannya.

Saya sudahi dengan memagar rumah pesakit moga-moga tiada lagi gangguan. Sebenarnya tiada gangguan pun tapi psikologi itu penting agar memberikan kenyakinan kepada pesakit.

Rawatan 53

Rawatan di Pulau Duyong. Pesakit sudah nazak dan mengikut cerita anaknya ada membela (khadam ilmu gagah).

Ketika meruqyah, tiba-tiba anak perempuannya kerasukan di dapur. Patutlah daripada awal saya sampai dia terlebih berani bertanya saya macam-macam.

Rawatan kali ini saya gagal. Esoknya keluarga pesakit memanggil bomoh lain dan berjaya membuang jin saka. Keesokkan hari keluarga pesakit memaklumkan kepada saya bahawa ayahnya sudah meninggal dunia.

Rawatan 52

Pesakit mengadu anaknya sering pengsan kerana gangguan dalam 2-3 hari ini. Rawatan dilakukan di rumahnya, Kg Pagar Besi.

Setelah sampai dirumah beliau, panjang pula cerita kisah keluarganya disihir bertahun-tahun. 

Saya ruqyah anaknya, hanya getaran listrik halus ada. Selesai dilakukan pembersihan tubuh daripada energi negatif.

Saya dibawa keliling rumahnya, ada energi negatif menghuni rumahnya. Saya cakap kepada tuan rumah, "Nanti saya balik rumah saya lakukan pemagaran." Sebabnya waktu dah lewat malam lagi pula saya tak bersedia untuk membuat pemagaran. Jadi tunggu balik rumahlah saya buat.