Rawatan 44

Pesakit meminta merawat rumahnya di Tok Jembal yang dikatakan berhantu. Rawatan membuang energi negatif yang berligar sekitar rumahnya.

Tetapi rawatan tidak dapat dilakukan sewajarnya kerana keadaan rumah tidak mengizinkannya. Pesakit diberi penerangan ringkas agar sesi rawatan membuang energi negatif dapat dilakukan sendiri selama 3 hari.

Rawatan 43

Rawatan susulan untuk pesakit lepas yang kaki mencucuk jarum. Kerana selepas rawatan baru ni pesakit hanya bertahan selama 3 hari kemudian sakit kembali.

Selepas beberapa ketika diruqyah kesakitan mulai reda dan tertumpu pada ujung ibu jari kaki kanan. Jadi pesakit dibekali dengan amalan untuk tahsinat pesakit.

Sesi bual agak panjang, menemubual, menyiasat latar belakang pesakit. Seperti biasa sebelum balik saya tetap sarankan pesakit ke hospital untuk rawatan lanjut untuk check up kesihatan.

Rawatan 42

Pesakit mengadu telah sebulan mengalami sakit mencucuk kaki bermula dari lutut sampai ke bawah. Kesakitan lebih ketara pada waktu malam. Pesakit telah pergi rawatan awal ke klinik tetapi tiada apa-apa perubahan.

Setelah diruqyah sakit mencucuk turun mengumpul ke jari-jari kaki sahaja. Kesakitan telah berkurangan setelah diruqyah.

Pesakit dibekali air yang diruqyah dan limau nipis 21 biji. Saya menyarankan pesakit buat rawatan susulan ke hospital untuk mendapat keputusan lebih pasti. Zaman sekarang bermacam jenis penyakit muncul. Jadi tidak salah untuk digabung rawatan zahir dan batin.

Kaedah 3

Berubat dengan membakar kemenyan/setanggi mungkin agak sensitif bagi setengah orang. Namun sebelum menghukum orang memakai jin kerana guna kemenyan sebaiknya tabayun dulu.

Antara kaedah saya gunakan ialah dengan membakar kemenyan untuk memagar rumah. Asap kemenyan dibawa mengitari rumah.

Sebelum dibakar, kemenyan terlebih dahulu dibacakan Ayat Ruqyah dan didoakan.

Bila dibakar jin akan menghurung kerana asap makanan jin. Namun kerana kemenyan sudah diruqyah maka ia akan menjadi racun kepada jin.

Rawatan 41

Pesakit lama datang kembali untuk rawatan. Pesakit disihir sudah lama. Jadi setiap tahun sekali dia akan datang untuk rawatan jikalau rasa tidak sedap badan. Kadang dua tahun sekali. 

Walaupun sihir sudah tiada, pesakit mudah terkena gangguan berbentuk singgahan kerana benteng diri tidak kuat. Sebab tidak kuat kerana malas beramal.

Jadi rawatan cukup dengan air tawar.

Rawatan 40

Seorang ayah yang baru dapat anak sulong panik melihat keadaan anaknya asyik menagis. Udah puas dicuba pelbagai cara.

Akhirnya mengikut nasihat ibu mertuanya mendapat air tawar.

Saya tempat punca dituju memohon bantuan. Saya datang ke rumah dan buatkan air tawar untuk minum dan arahkan tuan rumah renjiskan sekeliling rumah.