Rawatan 51

Pesakit meminta saya tengok-tengokkan rumahnya di Melaka. Ada nampak kelibat hitam berbayang-bayang di rumahnya. Bukan seorang saja yang tertengok tapi ramai ahli rumahnya diusik dengan penampakan lembaga.

Ikhtiar saya ialah dengan menyarankan pesakit memasang audio bacaan al-Quran Surah al-Baqarah dan membanyakkan bacaan pendinding diri. Selain itu saya melakukan pembersihan dari jarak jauh.


Rawatan 50

Rawatan 49

Pesakit datang ke rumah untuk mengubati sakitnya. Beliau merasa seperti ditarik-tarik di perutnya. Keadaan kalut sekejap kerana kawan yang menemaninya terasuk 50/50 semasa saya meruqyah pesakit.

Kawannya menutup telinga tak tahan mendengar alunan ayat suci. Kemudian memandang tajam kepada saya. Saya cuak juga seketika dalam hati, "Pehal pulak tenung muka aku ni". Rupanya dah terasuk 😀😀😀

Kemudian saya meminta warisnya membawa keluar rumah kerana mengacau.

Pesakit yang saya ruqyah tak henti-henti muntah. Di kepalanya seperti ada benda bergerak-gerak semasa saya menyentuh ubun-ubun.

Pesakit saya bekalkan dengan air ruqyah.

Saya berdialog pula dengan kawan pesakit yang kerasukan. Dalam badannya ada jin saka, sihir dan saja-saja menumpang. Beliau ada sejarah keluarga disihir dan saka jadi tak heranklah banyak jin dalam tubuhnya.

Rawatan 48

Pelanggan lama telefon kerana sakit dan dia merasakan berpunca daripada pusat tusyen yang dimiliki beliau.

Macam biasa pesakit diruqyah jarak jauh dan tapak pusat tusyen dibersihkan daripada energi negatif.

Rawatan 47

Rawatan berlangsung selepas Isyak di rumah pesakit. Ada masalah gangguan kejiwaan. Jadi nasihat dan tazkirah diberi kepada pesakit dan keluarga pesakit.

Pesakit dibekal dengan air ruqyah untuk minum.

Rawatan 46

Memagar premis di Ajil kerana selalu mengusik manusia. Dengan izin Allah semua aman daripada gangguan.

Bahan digunakan hanya air, garam kasar dan lada hitam. Sebelum memagar, dihapuskan puncanya dahulu iaitu azimat/wafaq yang ada di premis terbabit.

Saya akan memantau premis dengan diruqyahkan secara jarak jauh sehingga kawasan benar-benar pulih.