Rawatan 39

Saya didatangi suami kepada pesakit untuk buatkan air selusuh. Dah banyak kali keluar darah, masuk wad malam esoknya keluar wad. Selang sehari masuk lagi wad.

Air selusuh didoakan dan disuruh minum dan sapu di perut. Keesokan malam isterinya bersalin. Syukur alhamdulillah.

Kaedah 2

Antara kaedah rawatan menggunakan minyak zaitun. Banyak caranya, antaranya:
  1. Ruqyah minyak zaitun.
  2. Minyak disapu pada badan.
  3. Minyak diminum.

Kaedah 1

Antara kaedah rawatan ialah menggunakan cuka epal:
  1. Bacakan ruqyah atau Surah As-Saffat pada cuka epal.
  2. Panaskan cuka epal.
  3. Hirup asap dan baunya.

Rawatan 38

Rawatan lanjutan untuk pesakit yang menerima cadangan saya menggunakan air kolah masjid. Rawatan dilakukan di rumah pesakit.

Air kolah masjid diambil daripada belasan tempat. Barang-barang lain yang diminta telah disediakan. Upacara ruqyah ke atas barang berlangsung selama 40 minit.

Kemudian pesakit meminta memagar rumahnya sekali.

Rawatan 37

Pesakit meminta datang ke rumah untuk merawatnya kerana sakit pinggang turun ke kaki. Hasil ruqyah pesakit didapati tiada gangguan makhluk halus.

Namun pesakit diberi cadangan untuk mencuba rawatan terakhir dengan mandi air kolah masjid.

Rawatan 36

Pesakit disahkan mengidam penyakit Leukimia. Pesakit dibekalkan air tawar. Rawatan susulan secara tradisional diteruskan secara berkala.

Pesakit disarankan minum air kunyit putih setiap hari. Minyak zaitun juga baik sebagai makanan tambahan.