Rawatan di Kg Nibong ke atas pesakit seorang perempuan tua yang menghidapi penyakit nyanyuk. Si anak mengadu bimbang ibunya kalau-kalau ada gangguan saka.
Rawatan di rumah saya. Pesakit mengadu sakit belakang, rasa panas dalam di bahu. Sudah 3x ke hospital check-up tetapi tidak dapat dikesan penyakit apa.
Ketika rawatan pesakit mengadu rasa kepanasan di jantung. Dan semasa scaning kelima jari sebelah kiri terasa ada renjatan elektrik.
Setelah berubat pesakit pergi ke hospital untuk rawatan lanjutan barulah pihak hospital dapat detek penyakit apa.
Rawatan dijalankan di Kg Tok Jembal. Pesakit mengadu rumahnya didatangi jin3 beranak, ayah ibu anak. Rasa seperti diperhatikan bila bersunyi-sunyian di rumah.
Rawatan pemagaran rumah dilakukan, luar dan dalam.
Kurang 3 hari pesakit mengadu jiran mari marah-marah tanpa sebab.
Rawatan semburan air ruqyah diteruskan selama 21 hari oleh pesakit sendiri.
Rawatan di Gong Datok, Gong Badak. Pesakit terkena penyakit parkinson. Mengidap kencing manis sudah berbelas tahun. Proses membuat air tawar dan pemagaran rumah dilakukan.
Rawatan di Kelulut, Marang. Suspek mengadu sakit kepala sudah lama dan sudah berubat merata. Suspek jugak terkena sakit kanser.
Rawatan diberi menunjukkan tanda-tanda sihir iaitu sakit semasa diruqyah dan terasa nak muntah. Kemudian suspek merasa lemah longlai. Pagar rumah juga dibuat.